Monday, 21 May 2018

5 Selebriti Barat Paling Popular Yang Mempunyai Kedai Online

5 Selebriti Barat Paling Popular Yang Mempunyai Kedai Online. Siapapun boleh buat kedai online (online store). Jika anda ada nama, minat fesyen, suka berniaga lebih-lebih artis atau selebriti yang sememangnya sudah mempunyai follower di media sosial pasti menjadi aset utama berniaga.

Selebriti barat yang popular mempunyai kedai online sendiri. Menjual jenama sendiri dan dikenali seluruh dunia antaranya adalah:


1 – The Kardashian

5 Selebriti Barat Paling Popular Yang Mempunyai Kedai Online

Dua adik-beradik selebriti ini melancarkan koleksi sepatu sulungnya di Australia, November 2013. Kasut Kardashian Kollection merangkumi kasut dramatik, seksi, baji yang menonjol, dan kasut yang bergaya. Adik-beradik perempuan Kardashian mempunyai lebih daripada 80 juta pengikut di Facebook, Twitter dan Instagram. Kardashian ini dihormati di seluruh dunia sebagai ikon trend dan fesyen, gaya yang menarik dan unik menjadikan mereka saudara perempuan yang paling dicari di internet | www.kardashianshoes.com.au


2 – Victoria Beckham

5 Selebriti Barat Paling Popular Yang Mempunyai Kedai Online

Mempunyai daya tarikan yang mewah, laman web ini mencerminkan gaya label yang dicipta oleh bekas penyanyi Spice Girl dan memberikan pelanggan dari Amerika Syarikat ke Eropah peluang membeli pakaian dalam talian dan aksesori berjenama, termasuk Ikon - yang dicirikan oleh ‘timeless classics - dan entri terbaru Victoria oleh Victoria Beckham | www.victoriabeckham.com


3 - Britney Spears

5 Selebriti Barat Paling Popular Yang Mempunyai Kedai Online

Britney telah mengeluarkan banyak wangian dan barangan selama bertahun-tahun. Bahagian yang menarik? Harga yang berpatutan. Anda boleh medapatkan rekaan Britney bermula pada $ 17 (RM57), dengan produk paling mahal berharga $ 79 (RM264) | www.intimatebritneyspears.com


4 - Gwyneth Paltrow

5 Selebriti Barat Paling Popular Yang Mempunyai Kedai Online

Gwyneth menubuhkan Goop pada musim luruh tahun 2008. Gwyneth mula mengendalikan gaya hidup yang terbaik untuk membantu pembacanya menjimatkan masa, memudahkan dan merasa terinspirasi. Bertekad untuk menerbitkan isu yang tulen dan akal setiap minggu, bagi ramai, goop menjadi teman wanita paling dipercayai mereka di web. | www.goop.com
  

5 - Paris Hilton

5 Selebriti Barat Paling Popular Yang Mempunyai Kedai Online

Sekiranya ada yang tahu bagaimana untuk mengaksesnya, ia tidak lain adalah fashionista jetet, Paris Hilton. Kedai dalam taliannya, yang saham Paris Hilton Handbags dalam dua gaya-beg bahu Croco Dream ($ 95) dan tote ($ 90) - dalam tiga warna hitam, putih dan wain. | www.parishilton.com


Berminat nak buka Website Kedai Online anda sendiri? 

Baca - Perbandingan E-Commerce Platform Shopify Vs EasyStore

Nak buat kedai online ni tidak lah begitu rumit. Tengoklah beberapa website yang dibuat menggunakan EasyStore ni.

Baca - 50 Contoh Website Kedai Online Guna Website Builder EasyStore Malaysia

Nak cuba buat kedai online sendiri? Daftar dan buat kedai online anda percuma 14 Hari Trial disini - Klik Sini

Mana tau kan? suatu hari nanti, anda adalah salah seorang usahawan yang disebut-sebutkan. Insyallah!

Resipi Air Laici Asam Masin Soda Yang Viral

Resipi Air Laici Asam Masin Soda Yang Viral. Panas-panas ni, sedapnya lah kalau pekena air laici asam masin soda ni, dapat sejukkan tekak dan badan.

Selain dijadikan minuman seisi keluarga ketika berbuka puasa, anda juga boleh jadikan resepi jualan air balang di bazar ramadhan atau dimana-mana saja.

Jom buat, ini resepinya.

Bahan-bahan:


Resipi Air Laici Asam Masin Soda Yang Viral


  1. 1 botol besar air aiskrim soda.
  2. 1 tin laici ~ ambil buahnya sahaja/guna longan pun boleh.
  3. 2 batang serai ~ dititik.
  4. daun pudina ~ terpulang berapa helai.
  5. 1 biji lemon ~ dihiris nipis.
  6. 5 biji asam boi putih.
  7. ketulan ais secukupnya.


Cara-cara menyediakannya:

  1. Cuci semua bahan hingga bersih.
  2. Hiriskan lemon nipis nipis.
  3. Sediakan bekas yang bersesuaian.
  4. Letakkan daun pudina secukupnya.
  5. Masukkan lemon yang telah dihiris.
  6. Diikuti asam boi putih.
  7. Masukkan buah laici / longan.
  8. Tuangkan air aiskrim soda secukupnya.
  9. Letakkan ketulan ais jika suka.
  10. Akhir sekali masukkan serai yg telah dititik.


Resipi Air Laici Asam Masin Soda Yang Viral

Ok, dah siap dah. Sekarang anda dah boleh minum!

Sumber dari Facebook Koleksi Resipi Sedap Untuk Keluarga Tersayang

Berminat nak buat Bisnes Air Balang? Baca info lanjut bagaimana nak mula bisnes ni - Klik Sini

Resipi Air Dragon Fruit Viral Yang Sesuai Untuk Berbuka Puasa

Resipi Air Dragon Fruit Viral Yang Sesuai Untuk Berbuka Puasa. Sempena dengan bulan Ramadan yang mulia ini, kami nak kongsi dengan anda resipi air dragon mix fruit yang sentiasa mendapat permintaan tinggi ketika di bulan Ramadan. Bukan saja boleh dibuat untuk santapan seisi keluarga di rumah tetapi boleh dijadikan resepi air balang untuk dijual di bazar ramadhan.

Dengan warna buah Dragon Fruit yang keunguan, selera untuk menikmati air ini pastinya tidak tertahan. Sedap weii..

jom kita tengok apa bahan-bahan dan cara penyediaannya..


Resepi Air Dragon Fruit Viral


Bahan bahan:

Resipi Air Dragon Fruit Viral Yang Sesuai Untuk Berbuka Puasa

  1. Buah naga merah
  2. Buah mangga masak
  3. Anggur manis
  4. Laici tin (sekali air)
  5. Susu pekat manis
  6. Air masak
  7. Ais batu


Cara Penyediaannya:

Resipi Air Dragon Fruit Viral Yang Sesuai Untuk Berbuka Puasa

  1. Buah smua dipotong dadu..
  2. Campurkn semua bahan2 masukkn ais batu siap utk dihidang
  3. Pewarna adalah dari buah naga.. Xperlu campur ape² pwrna..

Resipi Air Dragon Fruit Viral Yang Sesuai Untuk Berbuka Puasa



Nak berniaga air balang? baca panduan memulakan Bisnes Air Balang disini - Klik Sini

Friday, 18 May 2018

10 Langkah Memulakan Bisnes Bundle

Antara perniagaan yang sentiasa mendapat perhatian pada masa kini adalah lebih kepada penjimatan. Tidak hairanlah, peniaga jual baju bundle boleh mengaut keuntungan sehingga 200%. Perniagaan ini bukan saja mudah tetapi menguntungkan.

10 Langkah Memulakan Bisnes Bundle

Kami akan kongsikan dengan anda 10 langkah untuk memulakan bisnes bundle ini. Ikuti langkah ini sekiranya anda nak buka kedai bundle, jika jual dipasar malam perlu van dan order barang je. So apakah 10 langkah itu?

Langkah 1 – Cari Kedai Untuk Disewa – Korang kena dapatkan dulu kedai di lokasi yang ingin nak buka kedai bundle tu. Dapatkanlah semua maklumat sewaan, deposit, keluasan kedai dan sebagainya.

Langkah 2 -  Daftar Syarikat Perniagaan – Daftarkan syarikat anda di Suruhajaya Syarikat Malaysia (SSM). Kadar bayaran pendaftaran boleh rujuk SSM. Bawa Salinan IC dan 3 nama cadangan syarikat. Tulis dalam kolum bidang perniagaan, ‘menjual barangan sebaneka dan runcit’ . Dalam 1 jam, korang akan dapat lesen SSM tersebut. Lesen perniagaan ini penting untuk sewaan dan mohon lesen dari PBT nanti.

Langkah 3 – Sign Agreement Sewaan Kedai – Selesaikan proses sewaan kedai dengan owner. Dapatkan Salinan agreement sewaan kedai, bil cukai pintu dan cukai tanah. Dapatkan juga slip bomba untuk pemadam api.

Langkah 4 – Order Barang – Dah sign agreement, anda perlu persiapkan kedai nanti. So, dalam proses renovate nanti sambal tu tunggu tempahan bundle sampai. Order ikut bajet yang korang ada. Buat senarai yang ingin dijual. Samada nak baju bundle budak, t-shirt, kasut atau lain-lain. Gantung banner ‘kedai bundle supersave akan dibuka’! supaya orang tahu kewujudan kedai anda nanti. Promosi awal ni!

Langkah 5 – Buat Renovation Kedai – Lakukan kerja pengubahsuaian kedai. Nak lebih menarik, wiring, partition, cat dan susunatur mestilah dibuat kreatif. Jangan lupa pasang CCTV juga. Kedai bundle tak perlu nampak mewah, namun susunan rak untuk meletakkan baju dan kasut perlu kemas dan menarik.

Langkah 6 – Pasang Rak/Kabinet – Sebaik-baiknya bajet untuk rak mestilah tidak terlalu mahal. Kalau boleh cari rak yang murah atau buat sendiri (DIY).

Langkah 7 – Susun Barang – Nak dapatkan idea macam mana susunan yang bagus? Pergilah mana-mana kedai bundle, tengok macam mana susunan yang bagus. Elakkan baju digantung terlalu padat, orang nak ambil pun susah nanti. Susun dengan kadar yang sederhana. Seeloknya mengikut jenis baju, saiz dan warna. Lebih memudahkan pelanggan anda nanti

Langkah 8 – Mohon Lesen PBT – Pihak berkuasa tempata yang kami maksudkan adalah Majlis Perbandaran ditempat anda. Kos untuk lesen pasang signboard ni lebih kurang RM200. Anda perlu sediakan dokumen seperti IC, gambar 4 keping, agreement sewa kedai, bil cukai tanah, bil cukai pintu, slip bomba, Salinan lesen perniagaan SSM dan wang tunai.

Langkah 9 – Mulakan Perniagaan – Kami galakkan anda jaga kedai sendiri dulu dalam 3 bulan pertama. Kenal pelanggan anda dan dapatkan feedback dari mereka tentang barang yang mereka perlukan. Lakukan promosi jualan seperti memasang banner, bunting, edar fliers dan iklankan di newspaper jika ada bajet untuk ini.

Langkah 10 – Stabilkan Perniagaan – Jika anda memilih lokasi yang startegik pastinya anda sudah dapat pulangan modal dalam 3 bulan pertama ini. Jika sales tak bagus, lakukan lagi promosi termasuk lakukan jualan melalui Facebook, Blog atau Instagram. Jika masih kurang memuaskan, boleh cari lokasi lain untuk buka kedai bundle.

Jadi kepada anda yang berminat dengan bisnes bundle ni, bolehlah cari kedai-kedai yang kosong dan mulakan perniagaan. Jika nak buat part-time juallah di pasar malam, tamu-tamu atau online.




Jika kena pada tempat dan caranya, entah-entah beberapa tahun lagi anda dah buka cawangan baru. Semoga bermanfaat dan semoga sukses!

Thursday, 17 May 2018

Cara Pengiraan Untung Bisnes Bundle

Cara Pengiraan Untung Bisnes Bundle. Perniagaan bundle sememangya perniagaan yang menguntungkan. Ramai yang buat bisnes ni, tengok saja dimana-mana pasar malam, pasar minggu, tamu-tamu dan tepi jalan banyak yang menjual baju, seluar dan kasut bundle dengan harga yang murah sangat. Kebiasaanya harga bundle ni bermula dari RM1 saja. 

Kami tahu ramai yang sedang mengkaji tentang potensi perniagaan bundle ni, kalau ada sahabat yang jual mudah lah nak ikut sekaki di pasar malam tetapi jika tiada kenalan dan ilmu tentang bisnes bundle mungkin sukar nak mula. Kami disini ingin berkongsi serba sedikit anggaran dan kiraan potensi keuntungan yang bakal anda nikmati nanti.

Contoh:-
Harga 1 bundle RM 600.00 (bagi bundle budak, lebih kurang 400-500 helai). Gredkan helaian kepada 3 bahagian.

  1. Gred A RM 15 keatas (Bonus) ada 100 helai = RM 15 x 100 helai = RM 1500
  2. Gred B RM 10 (Modal) ada 100 helai = RM 10 x 100 helai = RM 1000
  3. Gred C RM 5 kebawah (Untung) ada 200 helai = RM 5 x 200 helai = RM 1000

Jumlah ada RM 3500.00 dengan modal RM 600.00 je... untung bersih RM 2900.00

Katakan 50% saja yang terjual RM 3500.00 / 2 = RM 1750 - modal RM 600.00 = Masih untung lagi RM 1150.00 !!


Ebook Buat Duit Dengan Bisnes Bundle


Nak dapatkan ilmu bukan semua percuma. Ada orang nak juga ‘kredit’ dengan ilmu yang mereka kongsikan. Lebih-lebih lagi ilmu yang boleh jadikan orang lain ‘kaya’ atau jutawan. 

Korang yang berniat nak menceburi perniagaan bundle ni abaikanlah sifat ‘kedekut’ ilmu. Oleh itu, dapatkanlah Ebook Buat Duit Dengan Bisnes Bundle ini agar mudah memulakan bisnes bundle nanti.

Cara Pengiraan Untung Bisnes Bundle


Percayalah bahawa rezeki itu Tuhan yang tentukan kita hanya perlu berusaha dan bertawakal.

Renung- renungkan dan selamat beramal.

Usahawan Bundle Jana Pendapatan Lumayan

Usahawan Bundle Jana Pendapatan Lumayan. Siapa sangka dengan hanya menjual pakaian bundle boleh menghasilkan keuntungan yang sangat lumayan kepada sestengah pihak.  Bundle yang dahulunya ibarat suatu benda yang lapuk dan tidak selalu disebut-sebut, tetapi telah menjadi seperti cendawan tumbuh selepas hujan pada masa kini.  Perniagaan bundle jauh lebih berbeza dengan masa sekarang.  Bundle pada masa kini sering sahaja menjadi perbualan dan mendapat sambutan yang sangat hebat dalam kalangan masyarakat.

Usahawan Bundle Jana Pendapatan Lumayan

Bundle boleh diertikan dengan pakaian pakaian yang terpakai yang mempunyai kualitinya yang tersendiri.  Barang bundle itu sendiri seperti baju, seluar, handbag, kasut dan sebagainya biasanya dijual dengan harga yang murah dan berpatutan.

Barang-barang bundle ini kebanyakkannya adalah daripada barang yang original yang mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.  Antara jenama yang sering disebut-sebut ialah Levis, Dockers, Polo, Harley Davidson dan pelbagai lagi.  Barang bundle ini kebiasaanya diimpoet dari luar negara seperti US, Jepun dan Korea. 

Kebiasaanya, apabila kita bercerita tentang bundle, apa yang terlintas di minda kita ialah stok bundle ini tidak seperti stok yang berada di butik-butik ternama dipusat membeli- belah.  Stok bundle itu sendiri didatangkan dalam sekumpulan guni atau lebih. 

Menurut salah seorang pemuda yang telah berjaya dalam bidang bundle ini, bermula dengan hanya minat dengan pakaian-pakaian seperti ini yang dikatakan mudah didapati dan mempunyai kualitinya yang tersendiri,  sekaligus membuatkan aktiviti yang dahulunya hanyalah suka-suka bertukar kepada bisnes yang lebih serius.

Mengikut  Mohd Firdaus bin. Mat, seorang pemuda yang berusia 25 tahun, minatnya mula berputik dalam perniagaan bundle ini adalah bermula dengan melihat rakan beliau yang lain berniaga bundle dengan begitu baik dan dapat menghasilkan sambutan yang sangat menarik daripada ramai pihak.

Bermula dari situ, beliau mula berkecimpung berniaga barang-barang bundle ini secara kecil-kecilan dengan hanya membuka kedai dikaki lima, tepi jalan dan hasilnya sangat mengalakkan.

Berbekalkan kemahiran dan pengetahuan tentang bundle ini, Mohd Firdaus bin. Mat bertekad untuk membuka sebuah kedai daripada hasil yang begitu memberangsangkan tentang jualan beliau. Dengan hasil usaha gigih dirinya sendiri, beliau telah berjaya membuka sebuah kedai diatas namanya sendiri yang diberi nama sebagai STYLO BUNDLE di daerah Parit Buntar, Perak.  Kedai ini beroperasi dari 10 pagi hinggalah 7 petang.

Daripada hasil kedai yang telah ditubuhkan itu, beliau mendapat keuntungan yang sangat lumayan antara RM5000-RM6000 sebulan.  Sambutan yang diberikan oleh orang ramai yang betul-betul minat terhadap bundle ini sangat menggalakkan.  Selain perniagaan yang beroperasi di kedai, beliau juga selalu mengadakan event bundle seperti festival bundle dan sebagainya untuk memperkenalkan lagi kedai beliau kepada orang ramai.

Menurut beliau lagi, matlamat utama beliau untuk  lebih serius dalam perniagaan bundle selain daripada menambahkan pendapat ialah untuk mengubah persepsi segelintir masyarakat yang menganggap bundle itu sebagai barang yang tiada nilai.  Seperti yang diketahui, tidak semua orang suka dengan pakaian bundle ini, malah ada yang menganggap barang bundle ini barang kotor dan buruk.

Bagi Mohd Firdaus Bin. Mat, bundle mempunyai nilainya yang tersendiri dan beliau pernah berkata ‘ jika kita pergi ke kedai makan , kita tidak kisah cawan dengan pinggan itu adalah bekas orang guna, mengapa kita hendak kisah tentang pakaian juga’. Baginya bundle adalah sama dengan pakaian-pakaian yang lain.  Hanya yang betul-betul memahaminya sahaja yang dapat menilai barang bundle itu sendiri.


Dengan tidak langsung, perniagaan bundle pada masa sekarang sedikit sebanyak telah mengubah persepsi masyarakat berbanding dahulu.  Perniagaan telah berkembang lebih maju searus dengan teknologi yang membangun di negara kita.  Bundle nampak biasa, tetapi hasilnya sangat luar biasa.


Berminat menceburi perniagaan bisnes baju bundle? Baca info lanjut tentang panduan lengkap bisnes bundle ni – Klik Sini

Wednesday, 16 May 2018

Surat Perjanjian Bertulis Rasmi untuk Kereta Sambung Bayar

Surat Perjanjian Jual Beli Kereta Kaedah Sambung Bayar. Ramai sedia maklum hutang pembiayaan untuk membeli kenderaan banyak membantu orang ramai untuk memiliki kenderaan. Tetapi adakah anda tahu hutang kenderaan juga banyak menyebabkan ramai orang muflis? Adakah anda betul betul tahu terma sebenarnya pembiayaan untuk membeli kenderaan?


Pembiayaan Sewa Beli

Hire purchase financing dalam bahasa Inggeris dan dalam bahasa Malaysia ianya dipanggil Pembiayaan Sewa Beli. Pembiayaan ini bermaksud kita sebenarnya hanya “menyewa” dan bayar ansur ansur sahaja setiap bulan selama 5 hingga 9 tahun tempoh pembiayaan. Selepas itu baru kenderaan tersebut baru jadi hak milik hakiki kita. Selagi dalam tempoh pembiayaan kita hanyalah penyewa sahaja. Walaupun nama kita ada di dalam geran, ada hitam putih yang mengatakan pihak bank ialah pemilik pertama. Sebab itu geran ada dalam simpanan mereka!

Surat Perjanjian Jual Beli Kereta Kaedah Sambung Bayar

Dalam pembiayaan sewa beli kenderaan, agak sukar bagi kita untuk memahami terma bagaimana ingin menjual kenderaan yang masih berada dalam tempoh pembiayaan. Setelah bertahun kami mengkaji dan melalui pengalaman ini sendiri, ya kita boleh jual kenderaan yang masih dalam tempoh pembiayaan dengan pihak bank mengikut terma-terma perundangan yang sah dan diterima pihak berkuasa dan mahkamah.

Apa yang penting dalam menjual kereta yang masih dalam pinjaman bank ialah perjanjian bertulis rasmi yang disahkan oleh pihak peguam. Di syarikat kami, beberapa panel peguam yang berpengalaman lebih dari 10 tahun dengan pihak bank antara yang menyediakan perjanjian jual beli kereta yang masih dalam pinjaman untuk syarikat kami.

Ramai yang bertanya dengan kami untuk dapatkan perjanjian tersebut. Yelah, ramai mengadu jika mereka jual kereta mereka dengan cara biasa dan selesaikan hutang bank, memang ianya negatif dan mereka kena tambah guna duit mereka untuk selesaikan hutang kereta.

Akudianiaya - sape2 boleh tolong bagi cadangan pada saya.macam nak selesai kan kes orang yang dah menipu saya.  ceritanya begini.saya ada menjual kereta pada dia senang kata suh dia sambung bayar je laa.pastu dia dah buat kete tu jadi kete piang boleh plak dia jual pada orang lain dan sekarang ni bank dah keje saya dan nak bawak saya naik makamah.dan apa yang silap dari saya ialah saya tak buat surat hitam putih dgn dia memandang dia sahabat karib saya.jadi dia dah hilang kemana pun tak tahu. jadi ada sape2 bleh bg idea tak? (sumber dari majalah.com) 

Bagi sesiapa yang memerlukan perjanjian kereta sambung bayar atau perjanjian jual beli kereta yang masih dalam pinjaman bank dalam versi penuh, bolehlah dapatkan Ebook Surat Perjanjian Sambung Bayar Kenderaan dibawah ini demi mengelakkan kejadian penipuan seperti diatas..

Anda perlukan Surat Perjanjian Bertulis Rasmi untuk Kereta Sambung Bayar. Dapatkan Ebook ini untuk dokumen lengkap yang lebih mudah.

Semoga membantu.


50 Contoh Website Kedai Online Guna Website Builder EasyStore Malaysia

50 Contoh Website Kedai Online Guna Website Builder EasyStore Malaysia. Ramai rupanya yang ada bisnes online ni. Sejak artikel ini kami terbitkan di blog ini, banyak soalan kami dapat yang bertanyakan contoh-contoh website e-commerce atau kedai online yang pernah dibuat menggunakan Website Builder EasyStore Malaysia.


Kelebihan Buat Website Kedai Online Guna EasyStore


  1. Tidak perlukan kemahiran teknikal tinggi urus website
  2. Yuran langganan bulanan serendah RM32.50 sebulan
  3. Multi-Channel Selling. Kedai ecommerce anda boleh disync dengan Lazada, 11street, eBay dan sebagainya.
  4. Pilihan logistics/penghantaran yang banyak
  5. Payment Gateway yang pelbagai dengan langganan murah
  6. SSL Certificate. Website kedai online anda pasti terpecaya dengan SSL Certificate ini (https://)
  7. Server ditanggung sepenuhnya oleh EasyStore

Sebenarnya, ada banyak lagi kelebihan EasyStore ni, tapi kami syorkan anda meneliti lebih lanjut di SINI


50 Contoh Website E-Commerce Guna EasyStore Malaysia


Baiklah, kami akan tunjukkan kepada anda contoh-contoh website ecommerce yang pernah dihasilkan menggunakan EasyStore ini. Anda tengoklah satu per satu dan buat keputusan nanti.

54 Contoh Website Kedai Online Guna Website Builder EasyStore Malaysia

  1. https://ootdmalaysia.easy.co/
  2. https://mokacoffee6779.easy.co/
  3. https://eraidabeauty.easy.co/
  4. https://classynovacollection.easy.co/
  5. https://greenwellness2.easy.co/
  6. https://longleathers.easy.co/
  7. https://madre.easy.co/
  8. https://lawalawalah.easy.co/
  9. https://mcco.easy.co/
  10. https://timtan19877906.easy.co/
  11. https://chaoticlabelz5053.easy.co/
  12. https://azrulazri.easy.co/
  13. https://bassandco.easy.co/
  14. https://delfirastyle.easy.co/
  15. https://blousequeen.easy.co/
  16. https://beautylicious.easy.co/
  17. https://dinkebun.easy.co/
  18. https://sugarcatz.easy.co/
  19. https://kissiscloset.easy.co/
  20. https://csmakeupmy.easy.co/
  21. https://phonetasticase.easy.co/
  22. https://kawaiimall.easy.co/
  23. https://rasyeeqa6574.easy.co/
  24. https://actmpre.easy.co/
  25. https://bdotcom2.easy.co/
  26. https://salescalibr1413.easy.co/
  27. https://heehoo8796.easy.co/
  28. https://casadimoda2.easy.co/
  29. https://laito.easy.co/
  30. https://riaschendana.easy.co/
  31. https://herbs4u8451.easy.co/
  32. https://wilka.easy.co/
  33. https://glassbottlesmalaysia.easy.co/
  34. https://lurveau.easy.co/
  35. https://9famileetowelwholesaler.easy.co/
  36. https://lemonstore886037.easy.co/
  37. https://oneclick6873.easy.co/
  38. https://nashatul.easy.co/
  39. https://testing29321.easy.co/
  40. https://nutty1091.easy.co/
  41. https://irisstore.easy.co/
  42. https://moontree.easy.co/
  43. https://tilambabyku.easy.co/
  44. https://mokuconceptstore1697.easy.co/
  45. https://11693.easy.co/
  46. https://whitedo.easy.co/
  47. https://wendaodaily.easy.co/
  48. https://ice-blue-soap.easy.co/
  49. https://sunintea.easy.co/
  50. https://caven10211883.easy.co/
  51. ...............

Dan....banyak lagi...terdapat lebih 30,000 website ecommerce yang sudah percaya dengan EasyStore ni..


Berapa Langganan Bulanan?

50 Contoh Website Kedai Online Guna Website Builder EasyStore Malaysia


Tengoklah langganan bulanan ni!

Murah kan? memang berbaloi sangat...ambil Pakej Basic pun boleh jika produk anda tidak melebihi 1000. Kemudian, boleh upgrade jika dan bertambah banyak!


Baca juga - Perbandingan E-Commerce Platform Shopify Vs EasyStore


Nikmati promosi yang menarik di EasyStore Malaysia - 14 Days FREE TRIAL



Harga Peralatan Bisnes Air Balang Bazar Ramadhan

Harga Peralatan Bisnes Air Balang Bazar Ramadhan. Ramai yang tanya kami, berapakah modal memulakan bisnes air balang ni? Semua nak tahu sebab ramai yang sedar bisnes air balang ni margin keuntungannya sangat besar. Boleh dikatakan sehingga 1000% jika rajin.

Harga Peralatan Bisnes Air Balang Bazar Ramadhan

Jika anda ingin memulakan bisnes air balang, modal untuk membeli peralatan perlulah diambilkira. Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan dengan anda modal untuk membeli peralatan jual air balang ni.


Peralatan Bisnes Air Balang


Secara lazimnya, peralatan yang digunakan untuk membuka gerai jual air balang adalah seperti dibawah ni..

  1. 1 unit kanopi 10 x10 : RM150
  2. 1 set meja pasar malam : RM100 (maksima)
  3. 3-4 balang air : RM120-130 (per balang)
  4. 2 kerusi : RM 10-RM20
  5. 1 alas meja : RM30-RM40
  6. 1 senduk air gula: RM10 (maksima)
  7. 1 unit bekas duit : Guna tin milo/susu/Tupperware-percuma
  8. 1 unit bekas air gula: RM5-10
  9. 1 pek plastik bungkus Air 7x10 atau 8x12: RM4 – 8(Per pack )
  10. Tali pengikat air/Getah pengikat: (RM5)
  11. 4 senduk/penceduk air balang: (RM6-10 per unit/free jika beli sekali dengan balang)
  12. 1 dozen Straw: RM 5-6
  13. Plastik bungkus (untuk pelanggan bawa air yang telah dibeli)



So, jumlah keseluruhan untuk mula bisnes air balang adalah lebih kurang RM1000 sahaja!

Peralatan-peralatan ini boleh dibeli dipasaraya yang terdekat dengan anda. 

Perlukan panduan memulakan bisnes air balang?

Harga Peralatan Bisnes Air Balang Bazar Ramadhan


Baca – Rahsia Jana RM7K Sebulan Dengan Bisnes Air Balang


Semoga bermanfaat.

Tuesday, 15 May 2018

Ini 5 Sebab Kenapa Anda Perlu Pertimbangkan Bisnes Tudung

Ini 5 Sebab Kenapa Anda Perlu Pertimbangkan Bisnes Tudung. Semua nak berniaga kalau boleh! tapi nak niaga bisnes apa?

Anda boleh pertimbangkan Bisnes Jual Tudung ni sebab pasaran memang dah sedia ada..cuma anda perlukan sedikit bimbingan bagaimana mahu memulakan, melaksanakan, dan memajukan bisnes tersebut..

Ini 5 Sebab Kenapa Anda Perlu Pertimbangkan Bisnes Tudung

5 sebab ini mungkin boleh mengubah keyakinan anda terhadap Bisnes Jual Tudung..

1. Bisnes Evergreen

Ya! Tudung ni adalah produk evergreen, maksudnya, ada permintaan sepanjang masa. Tak kira waktu, setiap hari dan setiap bulan, memang ada sahaja orang yang membeli tudung.

Tudung ni tak macam bisnes kuih raya. Kuih raya ni permintaannya tingggi masa musim raya je, iaitu sekali setahun, lepas raya... permintaan kuih akan jadi suam-suam kuku sahaja.

Berbeza dengan tudung.. kalau tak musim raya pun, memang ada banyak permintaan. Tapi bila masuk musim nak raya, permintaannya akan melonjak antara 3 hingga 4 kali ganda dari bulan biasa. Jadi, tidak hairanlah akak-akak yang jual tudung ni boleh jana untung belas-belas hingga puluh-puluh ribu sebulan jual tudung sewaktu musim raya.


2. Modal Mula Rendah

Satu lagi kelebihan bisnes tudung ni, modal untuk nak mula bisnes ni juga sangat rendah! Nak start dia, tak perlu susah-susah nak beli peralatan apa-apa. Hanya perlu beli stok tudung sahaja! Sekitar 3-4 ratus ringggit.

Malah, kalau takde modal langsung pun, masih boleh start dengan modal 0.. iaitu buat secara dropship!

Apa yang penting, kita kena tahu siapa target market kita dan tudung apa yang mereka suka beli & pakai. Bila kita tahu je perkara ni.. kita dah boleh start jual walaupun masih belum ada stok di tangan.


3. Tiada Tarikh Expired

Tudung ni adalah kategori produk tiada expired. Jadi, kita boleh simpan lama. Tak seperti produk makanan, atau produk kosmetik. Kalau kita jual barang makanan, bila tak habis.. nak tak nak, kena buang. Kalau makanan kering, paling lama pun boleh tahan, mungkin dalam 1-2 tahun. Lepastu, ia akan rosak dan tidak boleh digunakan. Sama juga produk kosmetik, ada tarikh luput. 

Berbeza dengan tudung, ia tiada tarikh expired. Kalau rasa susah nak terjual sesuatu tudung tu. Kita boleh bagi harga diskaun atau buat sale. Tapi kalau masih tak terjual juga! Boleh jadikan sebagai produk free gift! Takdelah produk tu terbuang sia-sia.


4. Boleh Buat Dari Rumah!

Ini adalah kelebihan terbesar bisnes tudung. Especially untuk golongan suri rumah. Bisnes ni kita boleh buat dari rumah je. Jual pun secara online je. Pos barang pun tak perlu susah-susah gi pejabat pos, abang posmen boleh datang pickup barang. Memang mudah.


5. Produk Senang Jual.

Of course, jual tudung ni tak macam jual ubat kurus atau ubat putih kulit. Kena cerita panjang lebar dan tunjuk segala bukti dan testimoni bagai.

Ini 5 Sebab Kenapa Anda Perlu Pertimbangkan Bisnes Tudung

Untuk jual tudung ni, cukup sekadar tunjuk gambar tudung yang dipakai oleh wanita dengan wajah yang ceria dan gembira, serta.. sedikit penerangan tentang jenis kain serta harganya. Memang mudah!.

Ada banyak lagi kelebihan bisnes tudung ni kalau nak cerita. Tapi cukuplah dengan 5 kelebihan ini dulu.


Jika kamu rasa berminat nak tahu lebih lanjut tentang selok-belok bisnes tudung nie. Dapatkan segera ebook "Bisnes Tudung" disini..


Dalam ebook tu.. akak tu dah bocor siap-siap senarai supplier serta, macam mana strategi dia jual tudung sampai untung belas-belas ribu. Malah, siap tunjuk juga cara nak buat tudung jenama sendiri. Semuanya dia dah tulis dan ceritakan dalam ebook tu!

Memang rugi kalau tak dapatkan ebook ni. Klik butang dibawah untuk dapatkan ebook ini dengan segera.

Ini 5 Sebab Kenapa Anda Perlu Pertimbangkan Bisnes Tudung





10 Produk Borong China Laku Ketika Bulan Puasa

10 Produk Borong China Laku Ketika Bulan Puasa. Hari ini adalah masa nak tengok anak bulan. Maknanya, bulan puasa akan bermula beberapa hari lagi. Bulan puasa dah makin dekat, maknanya Raya Puasa pun tak lama lagi akan menjelang tiba. 

Bagi anda yang mungkin sedang mencari-cari idea untuk menjana duit extra sikit, bolehlah menambah modal belanja untuk hari raya nanti.

Nak tambah extra duit bukan mudah, sebab itu anda perlu tahu produk apa yang HOT SELLING ketika ini. Disini, kami kongsikan dengan anda 8 produk yang lazimnya menjadi carian paling popular menjelang raya puasa atau aidilfitri.


Produk 1 -  Langsir


Kalau raya dulu tukar perabot, tukar cabinet TV, tukar TV kan? Sekarang bila musim ‘duit ketat’ sikit. So, ramai orang akan pertimbangkan tukar benda yang murah sedikit seperti langsir, sarung sofa atau alas lantai (karpet). Berbelanja sikit tapi rumah tetap nampak cantik dan menarik.


Produk 2- Beg Tangan Wanita


Wanita dan beg tangan tak akan dapat dipisahkan. Situlah dompet, situlah kunci kereta, alat kosmetik dan handphone. Kalau baju dah buat kat kedai jahit, beg tangan mesti beli juga. Di china, banyak je beg tangan wanita yang murah berbanding beg sama dijual di Malaysia.


Produk 3 – Kasut


Banyak je menjual kasut ni tapi kalau nak buat meniaga borong dari China boleh kaut untung lebih. Time raya ni baju mesti buat kat tailor, songkok memang taka da lah kalau beli dari China. Jadi, kasut memang mudah nak dapat.


Produk 4 – Phone Casing


Produk ni paling kerap orang nak tukar. Kalau tukar phone mungkin lama nak tunggu bajet tapi casing anytime je boleh tukar. Sebab tu kalau jual yang corak dan design menarik mesti orang akan beli. Borong dari China dan juallah di Malaysia.


Produk 5 – Bekas Kuih (Plastik/Kaca)


Time puasa dan raya ni pasti ramai yang nak buat dan jual kuih raya. Kalau tahu lubuk mana nak beli bekas kuih ni, berlambak jual di China. Anda hanya perlu borong dan jual dengan peniaga kuih muih raya ni. Mudah buat bisnes..hehe


Produk 6 – Aksesori Tudung (Keronsang/Pin)


Hari raya nanti pasti ramai akan beli baju baru, tudung baru. Beli baru tak kan lah pakai balik pin dan aksesori lama kan? Untuk matching kan baju dan keronsang anda tak perlukan yang mahal-mahal. Sebabnya, di China boleh je borong pin dan keronsang ni.


Produk 7 – Inflatable Car Seat Bed


Raya ni ramai yang akan balik kampong. Perjalanan jauh mungkin memenatkan anda. Budak-budak kadang-kadang bising tak dapat tidur dalam kereta. Kalau ada Inflatable Car Seat macam ni, selesa lah sikit budak-budak nak tidur nanti. Di China, semua aksesori untuk car seat ni ada dijual. Beli lah, jual balik pun boleh!


Produk 8 – Selfie Tripod/Stick


Raya nanti, jumpa keluarga di kampong. Jumpa kawan-kawan, melawat saudara mara dan jiran-jiran. Selfie itu memang wajib nak buat. Kalau ramai-ramai, kita wefie lah hehe..kalau beli di kedai mesti mahal. Jadi anda boleh beli murah dari China dan jual benda ni dengan harga yang berpatutan!


Produk 9 - Tudung


Tudung merupakan kelengkapan wajib bagi seorang wanita muslimah. Bukan saja dimasa Raya Aidilfitri wanita suka membeli tudung tetapi boleh dikatakan sepanjang masa. Tudung yang cantik dan warna yang menarik pasti menjadi pilihan wanita. Di China juga ada dijual tudung yang harga dia memang murah. Cuba tengok di www.1688.com atau Taobao.com, tudung dengan harga murah boleh dibeli borong dan dijual di Malaysia. Jimat dan menguntungkan!


Produk 10 - Kosmetik

10 Produk Borong China Laku Ketika Bulan Puasa

Ya, wanita memang perlukan make-up dan produk kecantikan untuk penjagaan seri wajah mereka. Lebih-lebih lagi dimasa Raya nanti mesti meletup jualannya. Produk dari China pun boleh tahan banyaknya. Cuma pilih yang betul-betul sesuai dan mempunyai kelulusan daripada agensi berkaitan. 

Tak faham Bahasa Cina tak menjadi masalah, kerana kami ada panduan untuk Borong Produk Dari China samada di Taobao atau 1688.



Panduan Borong China – Klik Sini

Ambil peluang jana duit extra di masa Bulan Ramadhan dan Hari Raya Puasa nanti. Semoga berjaya!

Nota: Mahu buat website Kedai Online serendah RM32.50 sebulan? buat kedai online anda sekarang di EasyStore Malaysia.

Sumber gambar: 1688.com/Taobao.com

Monday, 14 May 2018

Ini Rahsia Brader Jual Air Untung RM7k Sebulan!

Ini Rahsia Brader Jual Air Untung RM7k Sebulan. Siapa sangka? Hanya dengan jual air buah sahaja, brader ni boleh untung sehingga RM7k sebulan!

Lebih menarik lagi, dia cuma jual di satu tempat sahaja! Bukannya ada cawangan atau stall di banyak tempat!

Ini Rahsia Brader Jual Air Untung RM7k Sebulan!
Sumber Gambar: www.akupunyeecerita.blogspot.com

Lagi pelik.. dia cuma jual 3 balang air je!

Pelik tak pelik!?

Mesti ada teknik & strategi rahsia macam mana dia boleh untung sebegitu banyak dengan hanya menjual 3 balang air di satu tempat sahaja!

Berita menariknya! Selain berniaga air.. brader ni juga rajin menulis! 

Jadi, dia dah tulis sebuah ebook yang menceritakan pengalaman dia berniaga air selama 10 tahun!

Macam-macam dia cerita dalam ebook tu... dari start cara nak mohon tapak niaga! cara nak pilih lokasi niaga! cara nak buat air yang sedap! cara nak tarik pelanggan!  Semuanya dia cerita..

Kalau anda berminat nak tahu cerita serta pengalaman brader ni!....

Anda boleh lawati website dibawah...  klik je link  ni!


Anggaran Kos Permulaan


Berikut adalah anggaran kasar kos untuk memulakan bisnes air balang..

  1. 1 unit kanopi 10 x10 : RM150
  2. 1 set meja pasar malam : RM100 (maksima)
  3. 3-4 balang air : RM120-130 (per balang)
  4. 2 kerusi : RM 10-RM20
  5. 1 alas meja : RM30-RM40
  6. 1 senduk air gula: RM10 (maksima)
  7. 1 unit bekas duit : Guna tin milo/susu/Tupperware-percuma
  8. 1 unit bekas air gula: RM5-10
  9. 1 pek plastik bungkus Air 7x10 atau 8x12: RM4 – 8(Per pack )
  10. Tali pengikat air/Getah pengikat: (RM5)
  11. 4 senduk/penceduk air balang: (RM6-10 per unit/free jika beli sekali dengan balang)
  12. 1 dozen Straw: RM 5-6
  13. Plastik bungkus (untuk pelanggan bawa air yang telah dibeli)


Jumlah keseluruhan untuk kos pemulaan adalah sekitar RM1,000


Berapa Pula Modal Harian?


Kos untuk membeli bahan-bahan membuat air seperti buah-buahan dan kiub ais adalah sekitar RM20 bagi setiap balang. Ianya bergantung kepada jenis air yang anda mahu jual! 

Kalau jual air soya.. modal tak sampai RM10.


Potensi Jualan Dan Keuntungan?


Katakan anda jual 5 balang air = modal harian sekitar RM100 sehari.

Setiap balang air yang bersaiz 33 liter, boleh dapat 27 bungkus air. Dan setiap bungkus dijual dengan harga RM3.

Jadi, jualan sehari.. RM3 X 27 bungkus X 5 balang = RM405

Tolak modal harian... RM405 - RM100 = RM305

Sekarang.. darab pula dengan 25 hari berniaga di bazar (lagi 5 hari sebab malas / nak balik kampung atau hari hujan)...

RM305 X 25hari = RM7,625

UNTUNG = RM7,000 beb sebulan!


Bagaimana?


Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang bisnes air balang ini! boleh klik link di bawah!

Panduan Bisnes Air Balang - Klik Sini 

Senarai Air Balang Bazar Ramadhan Pasti Laku

Senarai Air Balang Bazar Ramadhan Pasti Laku. Beberapa hari lagi bulan Ramadhan akan tiba, kita berpuasa sehingga sebulan setiap tahun. Ketika bulan ini, peluang untuk berniaga memang sangat-sangat menguntungkan jika tahu cara dan produk apa yang pasti laku dijual.

Salah satu bisnes yang mempunyai potensi keuntungan sehingga 1000% adalah menjual Air Balang di Bazar Ramadhan.

Tempoh masa menjual yang sangat terhad tetapi jika kena pada resepi yang anda jual, pastinya ramai yang akan membeli air bungkus atau air balang dengan anda nanti.


Resepi Air Balang Pasti Laku Bazar Ramadhan


Lazimnya, kebanyakkan peniaga air balang akan menjual air yang lebih mudah dibuat dan permintaan yang tinggi. Seorang peniaga air balang yang berpengalaman akan tahu mana satu resepi air balang yang mendapat permintaan tinggi pada waktu beberapa hari bazar ramadhan dibuka. 

Namun, kebiasaanya..resepi air balang seperti dibawah adalah kegemaran orang ramai..apakah jenis air balang itu?

Antara  resepi jus dan air balang tersebut adalah:

  1. Jus Mangga
  2. Air Laici Susu
  3. Jus Buah Naga
  4. Jus Air Mata Kucing
  5. Jus Air Jagung
  6. Jus Tembikai Susu
  7. Jus Tembikai Lemon
  8. Jus Nenas Madu
  9. Jus Asam Boi
  10. Jus Epal
  11. Jus Buah Kiwi
  12. Air Milo
  13. Air Blue Hawaian Lemonade
  14. Air Teh Bunga
  15. Air Kelapa Muda/Kelapa Pandan
  16. Air Soya Cincau
  17. Jus Air Katira

Dan, banyak lagi...boleh rujuk panduan bisnes air balang...


Nampak macam biasa saja kan? kalau air macam ni, siapa-siapa pun boleh buat..


Keunikan Nama Air Balang Dan Layanan Baik Jadi Tarikan


Air yang dijual hampir sama, tetapi ada cara untuk tonjolkan keunikan jualan air balang anda iaitu keunikan nama dan warna air balang tersebut.

Cuba anda perhatikan..

Senarai Air Balang Bazar Ramadhan Pasti Laku

Nampak tak? Air asam boi macam biasa tetapi nama tu Asam Boi Special Rindu Awak 200% ? Unik bukan? macam ni cara yang terbaik menarik perhatian pelanggan anda nanti..

Satu lagi caranya adalah..

Senarai Air Balang Bazar Ramadhan Pasti Laku
Sumber Gambar: www.akupunyeeceritaa.blogspot.com

Senyuman dan layanan baik kepada pelanggan amat penting. Mungkin setiap senyuman anda lebih berharga dan memikat hati pelanggan anda biarpun resepi air balang biasa-biasa saja...hehe

Jika anda nak kan panduan berniaga Air Balang beserta Bonus Resepi Best Seller, dapatkanlah Ebook Panduan Memulakan Bisnes Air Balang ini.


Semoga berjaya.

Resepi Jus Delima Tembikai Yang Sedap

Resepi Jus Delima Tembikai. Pengambilan buah delima dikatakan, boleh melindungi epidermis dan dermis kulit dengan membantu mengembalikan sel kulit dan pembentukan semula tisu badan.

Kajian dijalankan oleh pasukan penyelidik di University of Edinburgh di Scotland pula mendapati, buah delima mempunyai keupayaan untuk mengurangkan lemak yang disimpan di sekitar perut. Jus ini bukan saja sedap tetapi berupaya melegakan tekak kehausan dan mudah disediakan.

Resepi Jus Delima Tembikai Yang Sedap

Bahan-bahan:
  1. Tembikai - 4 potong (dikisar dan dipotong dadu)
  2. Buah delima - 2 sudu besar (dikopek)
  3. Jus Delima - 1 gelas kecil
  4. Air gula - 1 sudu kecil
  5. Ais - 1 mengkuk kecil

Cara Penyediaan:
  1. Tuangkan ais ke dalam cawan dan diikuti denga air gula
  2. Campurkan jus delima
  3. Masukkan tembikai yang sudah dikisar tadi
  4. Taburkan buah delima yang sudah dikopek 
  5. Letak tembikai yang sudah dipotong kecil dan berbentuk dadu
  6. Siap untuk dihidang


Info Tambahan:

Antara khasiat buah delima;
  • Mengurangkan batuk.
  • Membantu menstabilkan paras kolesterol.
  • Membantu merendahkan tekanan darah.
  • Mengurangkan risiko penyakit kencing manis.
  • Melindungi otak bayi dan ibu mengandung.

Sumber: Bharian 

Sekiranya anda jadikan Jus Delima Tembikai ini untuk dijual Air Balang di Bazar Ramadhan. Tambah kuantiti bahan-bahannya mengikut saiz balang yang digunakan.