-->

7 Tip Memilih Lokasi Menjual Air Balang Tepi Jalan

- January 22, 2018
7 Tip Memilih Lokasi Menjual Air Balang Tepi Jalan. Menjual air tidak memerlukan kelulusan Diploma atau Ijazah, anda cuma perlu tahu bagaimana ambil hati orang lain, melayan pelanggan dengan baik dan mesra. Sebab itu bisnes air balang sangat mudah untuk dilakukan. Walaupun simple, tetapi margin keuntungan berlipat kali ganda. Rahsianya, anda cuma perlu RAJIN dan peka dengan kehendak pelanggan.

7 Tip Memilih Lokasi Menjual Air Balang Tepi Jalan

Baiklah, kali ini kami nak kongsi beberapa tips yang kami perolehi daripada menemubual beberapa rakan yang juga penjual air di tepi jalan. Tips dan panduan ini boleh digunakan bukan hanya kepada penjual air, malah penjual kuih muih, goreng pisang, nasi lemak, air tebu, burger, ayam goreng dan apa sahaja yang boleh dijual ditepi jalan termasuk jual sayur dan buah-buahan hiris.


1. Cari Jalan 2 Hala

Cuba elakkan berniaga ditepi jalan yang mempunyai jalan sehala saja. Jalan sehala ni memang sukar kereta untuk berhenti, lebih-lebih lagi jika anda berada ditepi sebelah kanan (lorong laju). Tetapi jika anda ditepi jalan 2 hala, selalunya kelajuan orang memandu sekitar 40km/j sehingga 70km/j sahaja. Dengan kelajuan tersebut, lebih mudah untuk berhentikan kenderaan mereka dan singgah membeli air untuk menghilangkan dahaga mereka.

2. Pasang Gerai Ditepi Jalan Sebelah Kiri

Jika anda buka gerai jualanmenggunakan Kanopi sahaja, lebih mudah untuk anda alihkan gerai di sebelah kiri atau kanan jalan raya. Jika sebelah pagi, ramai yang menghantar anak-anak ke sekolah dan turun ke pejabat untuk kerja, pasang gerai anda di tepi jalan menuju ke bandar. Manakala, pada sebelah petang pasang pula gerai anda di sebelah jalan raya menghala ke perumahan atau keluar bandar. Ianya untuk memudahkan kenderaan berhenti membeli di gerai anda. Tetapi jika sudah ada gerai khas untuk jualan, tak perlulah berpindah-pindah.

3. Tempat Meletakkan Kenderaan/Parking

Jika anda perasan, ditengah-tengah tempat parking kereta ada saja peniaga buka gerai disitu. Sebab tempat tu memang hot spot untuk anda! Sebelum orang balik ke rumah, mereka kemungkinan akan membeli air dan kuih muih untuk dibawa balik ke rumah masing-masing. Jadi, dapatkan kebenaran daripada pihak berwajib untuk membuka gerai disitu.

4 . Buka Gerai Disebelah Gerai Orang Lain

Seperti yang kami kongsikan sebelum ini, buat kajian dahulu. Jika ada gerai jual kuih muih, goreng pisang, ayam goreng, bbq, apam balik dan lain-lain lagi. Bukalah gerai air disebelah gerai mereka kerana semestinya ramai orang yang akan datang kesitu. Namun, pastikan anda menjual air yang tidak sama dengan air gerai lain nanti bergaduh pula.

5. Gantung Banner Di Kanopi Gerai

Inilah strategi pemasaran yang selalu peniaga buat. Pastikan banner itu memaparkan jenis air atau jus yang anda jual. 
7 Tip Memilih Lokasi Menjual Air Balang Tepi Jalan
Sumber | saniyunus.com
Dengan adanya banner ini, lebih mudah pemandu nampak air jenis apa yang anda jual, mudah mereka nak berhenti nanti.

6. Layanan Pelanggan Yang Terbaik

Penulis pernah membeli air jus tembikai ditepi jalan, penjual ni bagi air dulu dengan seorang wanita yang baru saja sampai sedangkan penulis yang sampai dahulu. Anda sebagai penjual harus peka dengan kehadiran pelanggan, layan mengikut giliran siapa sampai dahulu dan bungkus air dalam masa kurang 30 saat. Elakkan pelanggan menunggu terlalu lama, nanti pelanggan merajuk anda juga yang akan rugi. Layan pelanggan anda dengan senyuman dan servis pantas.

7. Perlu Konsisten

Bukan hangat-hangat taik ayam! berniaga perlu konsisten barulah nampak keuntungan dalam jangka masa panjang. Lebih-lebih lagi bila gerai jualan anda sudah ada pelanggan tetap. Buka gerai jualan air secara konsisten, jangan hari ni buka, esok tutup, lusa buka, lepas tu 3 hari baru buka. Kalau macam ni berniaga, orang akan menyampah dan banned anda. Siapa yang rugi? anda juga.

Dari segi modal pulak, seeloknya kos untuk membuat air pada setiap hari adalah 1/3 atau 1/4 daripada keuntungan harian anda. Rujuk panduan bisnes air balang lebih lanjut disini - Rahsia Memulakan Bisnes Jual Air Balang



Inilah serba sedikit tip yang dapat kami kongsikan untuk anda memulakan perniagaan menjual air balang tepi jalan. Kami berharap anda mendapat sesuatu info yang berguna untuk digunakan nanti. 

Advertisement


EmoticonEmoticon

 

Start typing and press Enter to search